Ahad, 25 November 2007

6th Day

8.30 pagi
Murid2 pagi2 ni dah belajar tentang pemakanan sihat. Manakala guru pagi ni nampak semangat dan tidak sabar2 meneruskan acara paling best mereka involved kat sini iaitu mencipta blog yang tertangguh semalam kerana internet down. Yang payah nak nampak pada waktu pagi pun ada. Patutnya mencipta blog ini dibuat pada awal2 lagi, barulah guru2 terasa ada aktiviti walaupun tiada kelas untuknya kerana blog ini memang menarik untuk diexplore walaupun secara try and error. Sepatutnya ada sesi bergambar antara guru tetapi tiada. Oleh itu aku pun ikut bosku untuk bergambar bersama2 murid dan kakak fasi mereka sahajalah, Cik Aimi Rahil nama diberi.

3 generasi komputer : 1st GB, 2nd aku dan adik fasi, 3rd anak2 muridku

11.00 pagi
Inilah acara yang ditunggu2 oleh semua guru. Aku mula belajar benda baru tentang blog iaitu menambah widget2 menarik dengan menggunakan html. Seronok sgt tengok benda2 tu memenuhi blog aku. aku lagi asyik bila memikirkan kita boleh tambah pelbagai lagi dengan hanya mengetahui html nya saja. amacam? ada perubahan tak blog ini.TQ Cik Zana kerana mengajar kami.

TQ CIK ZANA. TEPUK SAYANG 1x, TEPUK TERIMA KASIH SEKALI



2.30 ptg
Murid2 sibuk menyediakan sandwich untuk pertandingan. Acara yang selalu dibuat dalam Hari Kokurikulum dan Hari Kanak-kanak sekolah. Takpe, kita tgk bagaimana murid2 ku apply apa mereka dah buat dalam pertandingan petang ini. Alamak, kalah la....

8.00 malam
Acara makan malam yang dinanti sudah menjelma. Nampaknya macam best je. meratah sakan kami. Dan paling best bila SKUS mendapat 3 anugerah pada malam itu iaitu

Guru Paling Berkepimpinan :
Sapa lagi tentu bos aku
En Mohamad Zamri bin Mohamad Ariffin

Murid Paling Aktif :
Adik Raghinhy a/p Mohana Dass (Tahun 4 UIA)

Murid Paling Sporting :
Adik Muhamad Ikhram bin Idris (Tahun 3 UIA)

Walaupun aku tak dapat apa2, aku cukup kenyang melantak malam itu. HAHAHAHA

Tiada ulasan: