Khamis, 22 November 2007

Sia-sia

Tanggal 1 November 2007 memang sudah ku delete dalam kepala hotakku ini, namun terkenang ini merupakan blog khas untuk K-Perak Kidz maka aku titipkan nota yang terflash back buat sekian kalinya.

Sebelum hari itu, pagi semalamnya pagi2 lagi GB aku cari aku dah cari aku & kak adzimah berjumpanya. kami dimaklumkan untuk mengikutinya pergi ke taklimat satu program ICT bagi budak-budak terpilih sekolahku. Terpingga2 aku mendengarkan arahan GB ku, apatah lagi nama K-Perak Kidz langsung tak pernah didengar. Kalau Cyberkid yang Latef & Kak Azizah pergi dahulu, pernahlah. Lantaklah, janji tak menyusahkan aku nanti

Jadi pagi 1 November selepas mesyuarat ringkas untuk Hari Anugerah sekolahku yang dijadualkan tulat(mmg dah buat pun), kami pun bertolak tanpa Kak Adzimah disebabkan babynya yang cirit-birit satu badan.(selepas itu, ditahan di Hospital Taiping sampai Kak Adzimah pula yang patah tulang febulanya). Memang agak menjengkelkan bagiku untuk naik bersama bos walaupun apa2 bos, namun tetap ku gagah hatiku pergi. Mendapat air cond semulajadi dari tingkap dan kipas vannya dan mendengar radio hanya di hati, sememangnya perjalanan sejauh 150km dan kira2 2 jam amat "best" rasanya.

Alangkah tak bestnya bila sampai, kami hanya mendengar taklimat perasmian dan hanya diberi makan petang yang masanya tak sampai pun masa pergi sahaja. satu lagi perjalanan balik yang panjang dan belajar dari kesilapan, GB ku memilih untuk pulang melalui Manong daripada PAntai Remis yang jauh lebih dekat.

apapun, aku dapati inputnya begitu sedikit dan terasa tidak berbaloi untuk pergi sejauh itu sampai ke Kg Gajah. Harap2 dapatlah kelim dibuat agar menyejuk hatiku yang memang rasa tak seronok langsung ke sana.mudah-mudahan....

Tiada ulasan: