Jumaat, 28 Disember 2007

Final cut

NST News

Computer lessons for rural kids
By : P. Chandra Sagaran




The children trying out an application with the help of their teacher, Mohamad Khusairi Saidin.


SUNGAI SIPUT: Unlike most city kids her age, 12-year-old Siti Hamidah Kasim had only a limited knowledge on how to use the computer.
Her only exposure was during computer lessons at her school and even these were brief encounters as there was limited fuel for the generator which supplied the electricity.

However, the KPerak Kidz programme changed all that.

Siti Hamidah was among 24 lucky pupils from four Orang Asli schools who joined 42 other pupils from seven rural schools in Perak.

The programme is aimed at exposing students to the world of information and communications technology.
"I knew very little about computers before I attended the camp. Now, I have acquired some useful knowledge.

"The camp also gave me an opportunity to make friends from other schools," said Siti Hamidah, who is from Sekolah Kebangsaan Rancangan Penempatan Semula (RPS) Grik.

The programme was organised by KPerak Implementation and Co-ordination Corporation (KPerak INC) with the assistance of Warisan Global Sdn Bhd, Perak Education Department, Perak Orang Asli Affairs Department and Perak Foundation.

Ahad, 25 November 2007

Epilog

Bila ada permulaan, pasti ada pengakhiran. Ini mungkin post terakhir untuk blog ini. Tetapi jangan kecewa, untuk warga SK Ulu Sepetang, kita akan berjumpa di blog khas untuk buletin sekolah kita iaitu


Manakala yang hendak tahu kisah peribadi aku, bolehlah lawat


Banyak yang aku dapat daripada program ini. Ada beberapa anugerah pihak sekolahku dapat termasuklah

Blog Terbaik
Blog En Husnul Hadi


Cikgu Paling Berkemimpinan

En Mohamad
Zamri

Murid Paling Aktif

Adik Raghinhy


Murid Paling Sporting

Adik Ikhram

Selain itu, aku juga pelbagai kenalan yang boleh aku katakan paling rapat. Di awal2 kem ini, aku hanya berkawan dengan gb aku dan guru2 SK Changkat Jering, Firdaus (balik awal), Fendi (balik sat untuk peksa) dan Wan Faiza. Bila tinggal Wan Faiza, aku boleh katakan aku mempunyai lagi seorang teman baik perempuan dengan identiti aku yang payah mendekati perempuan. Agak lama juga aku tidak mempunyai kawan perempuan yang akrab. Bukan untuk pengganti isteriku yang satu, tapi lebih kepada teman bertukar pendapat.
Thanz WAN FAIZA for being 2nd WAN

Selain daripada itu, aku juga sempat mengetahui payah maung geng2 yang mengajar sekolah orang asli. Tak sangka pula aku dapat rapat dengan Zumardi (paling kepoh la), Pak Ya (Zul Zakaria) (mula2 tak rapat, tetapi lepas Ad balik, mula rapat, orang Kg Pasir je, dekat sekolah aku je) Ust Harisi Almaliki (tak mengaku ustaz awal2 ni, orang Anak Kurau je, dekat juga dengan sekolah aku) dan Khusairi (tak sangka satu batch UUM dulu). Kami jadi rapat dan memang agak seronok bersembang dengan mereka. Insyaallah, tekad tidak hanya perkenalan kami di sini.


Rapat kan? Gambar kontroversi ni....


Inilah Khusairi, budak satu UUM denganku

Last2 balik tadi lupa lak kasut. Thanz sekali lagi kat Ustaz Harisi tinggalkan kepada GB aku.

Last Day

Hari ini adalah hari terakhir kami berada di sini. Boleh dikatakan pada awal2 kemasukan kami, kebanyakan daripada kami membilang hari untuk pulang. Tapi sekarang macam nak duduk lagi berkursus pun ada bila masa dah terisi, ilmu dipelajarai dan kenalan makin dirapati. Tapi itulah kehidupan, kita akan terpisah juga.


Jadi pada hari terakhir ini, kursus ditamatkan dengan majlis penutup dan penyampaian sijil. Alhamdullillah, aku berjaya mendapat hadiah blog terbaik. Thanx a lot kepada semua tenaga fasi kerana sudi memilih blog yang ntah apa2 ni sebagai yang terbaik. Banyak lagi blog yang lebih baik dr blog ini tapi mungkin nasib menyelebahi saya. Alhamdullillah. Anyway, TQ.


Jadi tepat jam 2, aku dan anak2 muridku sudah pulang ke Ulu Sepetang.Moga2 apa yang kami dapat, applikasi dalam kehidupan kami. Setinggi perhargaan kepada semua terutama Cik Su, Cik Zana, Paan, Aimi dan lain2 fasi yang terlibat secara langsung. Kerenah kami teruk kan.Nak mcm2, tapi taknak lak participate. Soriiiii

6th Day

8.30 pagi
Murid2 pagi2 ni dah belajar tentang pemakanan sihat. Manakala guru pagi ni nampak semangat dan tidak sabar2 meneruskan acara paling best mereka involved kat sini iaitu mencipta blog yang tertangguh semalam kerana internet down. Yang payah nak nampak pada waktu pagi pun ada. Patutnya mencipta blog ini dibuat pada awal2 lagi, barulah guru2 terasa ada aktiviti walaupun tiada kelas untuknya kerana blog ini memang menarik untuk diexplore walaupun secara try and error. Sepatutnya ada sesi bergambar antara guru tetapi tiada. Oleh itu aku pun ikut bosku untuk bergambar bersama2 murid dan kakak fasi mereka sahajalah, Cik Aimi Rahil nama diberi.

3 generasi komputer : 1st GB, 2nd aku dan adik fasi, 3rd anak2 muridku

11.00 pagi
Inilah acara yang ditunggu2 oleh semua guru. Aku mula belajar benda baru tentang blog iaitu menambah widget2 menarik dengan menggunakan html. Seronok sgt tengok benda2 tu memenuhi blog aku. aku lagi asyik bila memikirkan kita boleh tambah pelbagai lagi dengan hanya mengetahui html nya saja. amacam? ada perubahan tak blog ini.TQ Cik Zana kerana mengajar kami.

TQ CIK ZANA. TEPUK SAYANG 1x, TEPUK TERIMA KASIH SEKALI



2.30 ptg
Murid2 sibuk menyediakan sandwich untuk pertandingan. Acara yang selalu dibuat dalam Hari Kokurikulum dan Hari Kanak-kanak sekolah. Takpe, kita tgk bagaimana murid2 ku apply apa mereka dah buat dalam pertandingan petang ini. Alamak, kalah la....

8.00 malam
Acara makan malam yang dinanti sudah menjelma. Nampaknya macam best je. meratah sakan kami. Dan paling best bila SKUS mendapat 3 anugerah pada malam itu iaitu

Guru Paling Berkepimpinan :
Sapa lagi tentu bos aku
En Mohamad Zamri bin Mohamad Ariffin

Murid Paling Aktif :
Adik Raghinhy a/p Mohana Dass (Tahun 4 UIA)

Murid Paling Sporting :
Adik Muhamad Ikhram bin Idris (Tahun 3 UIA)

Walaupun aku tak dapat apa2, aku cukup kenyang melantak malam itu. HAHAHAHA

Sabtu, 24 November 2007

Banyak gambar2

Wa Respek Sama Lu

Semalam jam10 memang membuatkan aku "suspect" sgt sama Cikgu Zumardi. Apa ke tidaknya, dialah cikgu yang betul2 berkorban untuk mengajar anak org asli. dengar ceritanya sahaja betapa susahnya mengajar sekolahnya pada 8 tahun lepas, dan semalam terpaksa menongkat mata menjaga anak muridnya masuk ke Hospital Sg Siput kerana sakit asma. Dah la sebelum itu dia dah terpaksa merawat seorang muridnya kerana terkena sengatan lebah (Apasal lebah suka sgt kat dia ni sampai 3 kali kena).

Apapun,
mmg wa respek sama lu la
Cikgu Zumardi

5th Day

8.30 pagi
Hari ini hari kelima berada di Kem KPerak Kidz.... Pagi nie sume cikgu2 yang ada kene menyanyi... hahaha penat dibuatnya..
" Atas lantai ada meja, meja cantik tak penah lihat,
Meja atas lantai, lantai yang bersih..Hei!!"
Atas meja ada hadiah, hadiah cantik tak pernah lihat,
hadiah atas meja, meja atas lantai, lantai yang bersih..Hei!!
....(hingga akhir lirik)

Panjang lagi lagunya... atas hadiah ada straw, pas2 ada water colour, botol air, stapler dan banyak lagi.... hehehe.Antara guru yang mengambil bahagian termasuklah bos aku

2.30 ptg
OpenOffice Impress
Persembahan sekolah tentang Belanjawan Projek Keusahawanan

8.00 mlm
Blog tak belajar
Belajar Adobe Photoshop & Illustrator dr Paan.
TQ Paan.

4th Day

8.30 pg
Pagi2 murid belajarOpen office Calc tentang Data Kawan & Pengiraan. Tiada anak muridku berjaya menangi apa2 token pada waktu ini.

Murid bergambar bersama Kak Aimi tersayang.....tepuk muahhhh 1x....


2.30 ptg
Main game internet untuk matematik berikut.

8.00 mlm
Mula mencipta Blog pada malam. Ini lah hasilnya di mana anda sedang baca sekarang. Amacam? Best tak? Beri komen anda....

SURPRISE!

Hari ketiga memang membuatkan aku lebih berdebar-debar dan terkejut.
apakan tidak, muridku Badly Alif telah dituduh Cik Zana telah membuat onar ke atas cadarnya. Mak Cik Cleaner telah menjumpai cadarnya penuh bertompok kehitaman. Ceh, apa pulak budak-budak ni buat? Baru sahaja 3 hari dah ada macam2 perkara. Dan bila Badly masih terpinga-pinga, mereka pula dah nak menghukum. tiba2....(play la video kat bawah)




Rupa-rupanya saja je depa nak sambut birthday boy. Malunya aku. Dah la terpinga2, tak tahu la pulak birthday anak murid sendiri. Ha!Ha!Ha! Untung hang Badly, dapat hadiah free tanpa buat apa2 pun

Jumaat, 23 November 2007

Lagu : Sang Ulat Bulu

Kata Sang Ulat Bulu
Yang Punya Kaki Seribu
Siapa Jumpa
Kakiku...Kakiku
Jikalau Tak Dapat
Terpaksa Ku Melompat
Dengan Seribu Kurang Satu
Melompat...Melompat
Siapa Jumpa
Kakiku...Kakiku

~gantikan huruf vokal dengan hanya menyebut satu huruf vokal berikut~
- A E I O U -

Khamis, 22 November 2007

3rd Day

7.00 pagi
pagi2 kena mula dengan Senamrobik la.Best Tak?


8.30 pagi
Lepas tu belajar OpenOffice Writer dan banyak tekankan tentang Karangan Diri Kami & Poster Pemasaran Produk.

Tekun Cik Aimi menerangkan kaedah-kaedah pemasaran kepada anak-anakku

Gambar guru-guru yang sedang melayari internet di belakang.

2.30 petang
Membaca Cerita Rakyat dari internet, namun server down. jadi baca dari fail tentang Pak Kadok je la. Nasib baik Raghinhy menang hadiah penulis tajuk cerita rakyat terbanyak.

8.00 malam
Soalan interaktif dan permarkahan menggunakan OpenOffice Calc. Macam excell gak dan dah belajar di BPPT namun tidak digunakan sebab dah ada SAPH16C, sistem permarkahan & headcount JPN Johor.

2nd day

7.00 pagi
Hari kedua bermula dengan aktiviti senamrobik. aku hanya melihat dari jauh jer. nampak macam seronok jer budak2 ni menari2 mengikut rentak muzik rancak. namun aku tidak membawa pakaian sukan. takperlah, biar budak2 tu saja yang gembira. aku masih belum lagi mengenali semua rakan guru yang tiba. takper, nanti masa yang menentukan. tujuh hari ini memang akan sempat bagiku mendekati dan mengenali mereka. pagi ini, aku bersarapan dengan semua tetapi yang rapat hanya geng2 SK Changkat Jering.

8.30 pagi
Pengenalan Internet & Emel
Lukisan digital
Bermula kelas pertama bagi semua peserta dengan mempelajari tentang internet dan email. Murid semua belajar membuat email menggunakan gmail dan selepas itu belajar tentang melukis menggunakan paint. semua nampak seronok sehingga tidak sedar jam menunjukkan waktu makan.

2.30 ptg
Murid mengaplikasi pelajaran semalam dengan bermain Game menggunakan mouse & keyboard.


8.00 malam
Penyelengaraan Perkakasan Komputer yang begitu asas, tidak sesuai untuk diriku yang belajar sejak kelab komputer sekolah, matrikulasi, KPLI di maktab dan kursus2 JPN.

Mari Belajar Tepuk

Mari Belajar Tepuk

Duduk kat sini, asyik belajar tepuk je. Di antaranya:

Tepuk Semangat



Tepuk Sinchan



Ada lagi banyak tepuk-tepuk geng2 fasi reka macam tepuk haiwan, tepuk sayang, tepuk terima kasih, tepuk alleycats, tepuk waacha, tepuk sekali, tepuk dua kali dan tepuk kuat. (nasib baik takde tepuk amai-amai)

Perjalanan dimulakan....

19 November 2007

8.30pagi
Aku tiba di sekolah. Nampaknya semua murid telah tiba dengan penjaga masing-masing. Kelibat guru besar tidakku nampak. Aku rasa dia di pejabat.Lantas aku pergi ke pejabat untuk mendaftar nama, namun telahanku silap. GB tiada di pejabat. Dia menunggu ku di Pra Sekolah. Aduh! Entah berita gumbira ke sedih mendengarkan GB ku bukan sahaja menghantar, malah menjadi peserta kursus menggantikan Kak Adzi yang patah kaki.(tulang febula)

Kami bertolak dari SKUS tepat jam8.45 pagi.Setelah singgah di Petronas (GB mengisi petrol, tayar Wajaku mengisi angin) baru kami betul bertolak ke Sungai Siput melalui Plaza tol Kamunting Lebuhraya PLUS. Akhirnya setelah melalui Pekan Kuala Kangsar, kira-kira 84km, kami tiba di Pusat Latihan KEMAS Sungai Siput.

10.30pagi
Setelah memarkir keretaku, kami ke kaunter pendaftaran.GB ku sedang menerangkan sebab mengapa hanya kami yang datang sebagai pengiring yang sepatutnya berlainan jantina. dan setelah semuanya selesai, kami pun dialu2kan dengan diambil gambar.

Gambar kami semasa sampai di Kem

2.30 ptg
Tunggu punya tunggu tanpa boleh lelap lak tu, tibalah masa untuk sesi Taklimat dan Perasmian . Biasalah starter program, biasa je. Tapi ada benda baru seperti sahutan
HAi......HellOOOOO
KPERAK......BEST
dan yang depa start bertepuk2 macam ajar baby tepuk amai2...tapi main sendiri la....ahhahaha

5.00 petang
Start dah kena pilih produk untuk Projek Keusahawanan.Kurang libatan diri sgt.

8.00 malam
Pengenalan Komputer
Benda dah biasa. jadi tolong tunjuk kat student je la.....dah mula rasa bosan. Hopefully dapat benda yang best for 2nd, 3rd, 4th.......last day.

Sia-sia

Tanggal 1 November 2007 memang sudah ku delete dalam kepala hotakku ini, namun terkenang ini merupakan blog khas untuk K-Perak Kidz maka aku titipkan nota yang terflash back buat sekian kalinya.

Sebelum hari itu, pagi semalamnya pagi2 lagi GB aku cari aku dah cari aku & kak adzimah berjumpanya. kami dimaklumkan untuk mengikutinya pergi ke taklimat satu program ICT bagi budak-budak terpilih sekolahku. Terpingga2 aku mendengarkan arahan GB ku, apatah lagi nama K-Perak Kidz langsung tak pernah didengar. Kalau Cyberkid yang Latef & Kak Azizah pergi dahulu, pernahlah. Lantaklah, janji tak menyusahkan aku nanti

Jadi pagi 1 November selepas mesyuarat ringkas untuk Hari Anugerah sekolahku yang dijadualkan tulat(mmg dah buat pun), kami pun bertolak tanpa Kak Adzimah disebabkan babynya yang cirit-birit satu badan.(selepas itu, ditahan di Hospital Taiping sampai Kak Adzimah pula yang patah tulang febulanya). Memang agak menjengkelkan bagiku untuk naik bersama bos walaupun apa2 bos, namun tetap ku gagah hatiku pergi. Mendapat air cond semulajadi dari tingkap dan kipas vannya dan mendengar radio hanya di hati, sememangnya perjalanan sejauh 150km dan kira2 2 jam amat "best" rasanya.

Alangkah tak bestnya bila sampai, kami hanya mendengar taklimat perasmian dan hanya diberi makan petang yang masanya tak sampai pun masa pergi sahaja. satu lagi perjalanan balik yang panjang dan belajar dari kesilapan, GB ku memilih untuk pulang melalui Manong daripada PAntai Remis yang jauh lebih dekat.

apapun, aku dapati inputnya begitu sedikit dan terasa tidak berbaloi untuk pergi sejauh itu sampai ke Kg Gajah. Harap2 dapatlah kelim dibuat agar menyejuk hatiku yang memang rasa tak seronok langsung ke sana.mudah-mudahan....

Permulaan....bukan satu pengakhiran

Ini kali pertama aku memulakan post untuk blog ini....mudah-mudahan bukan satu pengakhiran bagi blog yang dibuat khas untuk satu diari kehidupanku di Kem K-Perak Kidz 6 ini.....mengharap Sungai Siput mengamit kenangan akan datang